Assalamualaikum wbt
Allahummasolli ala Muhammad,wa ala a'lihi wasohbihi wassallam.
Syukur Alhamdulillah. Akhirnya dengan izin dari Yang Maha Kuasa, blog kedua saya Fiza Aziz e-Bookstore berjaya dihasilkan.
Fiza Aziz e-Bookstore adalah sebuah kedai buku online dan percubaan pertama saya dalam usaha untuk memberi penerangan yang lebih terperinci dan spesifik tentang e-book yang dihasilkan melalui Akademi Bekerja Di Rumah serta e-book lain yang akan ditambah dari masa ke semasa, InshaaAllah.
Fiza Aziz e-Bookstore dibina atas kecintaan saya terhadap bahan bacaan tidak kira samada buku fizikal, e-book, majalah, blog dan sebagainya serta kehausan saya untuk menimba seberapa banyak ilmu yang ada. Seperti ada pepatah yang menyatakan, 'semakin banyak yang kita tahu, semakin banyak yang kita tidak tahu'.
Tercetusnya idea untuk membina blog ini adalah saya rasa perlu untuk saya memberi penerangan yang lebih menyeluruh tentang produk e-book ini dengan cara yang lebih mudah difahami, lebih senang untuk membuat carian ulasan sesebuah e-book serta mesra pengguna.
Sekiranya ada antara anda yang mempunyai cadangan dan pandangan ke arah penambahbaikan blog ini, saya amat mengalu-alukan komen positif dari anda. Semoga blogshop Fiza Aziz e-Bookstore dapat memberi manfaat kepada anda dan juga saya.
Jazakallahhu khairan kathira.

By Yours truly,
Fiza Aziz